Koperasi Usahawan Phaser Berhad

03/08/2008 10:44 am
Kepada Bekas Peserta Phaser

Satu mailing list, Phaser United, telah disediakan di yahoogroup. Diharap semua bekas peserta phaser dapat bersama-sama bersatu untuk menubuhkan satu koperasi seperti yang disarankan oleh Dato' Hashim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi.

 


05/08/2008 10:56 am
Kertas Cadangan KUPB

PENGENALAN: Program PHASER ialah sebuah program pembangunan ushawan teknologi (tekno-preneur) yang telah dijalankan dengan usahasama Kementerian Pembangunan Ushawan & Koperasi (MECD), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Prima Consulting Sdn. Bhd. (Prima Malaysia).

PHASER menawarkan perniagaan yang berdaya saing, merangkumi bidang perniagaan automotif, pembinaan, ICT, Bio Tech, peruncitan, farmasutikal, dan makanan. Program ini telah dijalankan pada tahun 2003 hingga 2005 yang telah disertai oleh 55 orang peserta yang terdiri daripada dikalangan bekas-bekas siswazah yang berdaya saing, inovatif, bersemangat tinggi serta tabah untuk mangharungi dunia perniagaan.

Penubuhan Koperasi Usahawan PHASER Berhad (PHASER ENTEPRENEUR COOPERATIVE LIMITED , PECAL) merupakan usaha dan inisiatif para peserta PHASER 2004 bagi mewujudkan permuafakatan dalam usaha memperkukuhkan ekonomi dan rangkaian perniagaan dikalangan peserta-peserta PHASER. Keahlian PECAL adalah terdiri dikalangan bekas-bekas peserta PHASER MECD, PHASER PKNS dan program Skim Usahawan Siswazah.

MISI: Membantu setiap peserta PHASER dalam menjalankan perniagaan dari penyediaan kertas kerja sehingga pemasaran produk.

VISI: Penyatuan perniagaan di bawah satu pengurusan Objektif; Menyediakan bantuan pengurusan, pentadbiran, pemasaran serta pembangunan perniagaan di kalangan peserta, Menyediakan peluang perniagaan & pekerjaan khususnya bumiputra, Meningkatkan sosio ekonomi siswazah, Membina jaringan perniagaan yang mantap, Mengurangkan pergantungan kepada pihak kerajaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi bumiputra.

Perbincangan lanjut, sila sertai Phaser United. 



Sertai Phaser United


Powered by us.groups.yahoo.com



Categories
Update
News
Latest notes
Kertas Cadangan KUPB
[August 5, 2008]

Kepada Bekas Peserta Phaser
[August 3, 2008]

Welcome Message
[August 3, 2008]



Photo albums



Latest photos
A service of jomniaga.com